Ukhuwah Never Ends: hamidiah

Recent Updates

Showing posts with label hamidiah. Show all posts
Showing posts with label hamidiah. Show all posts

Sunday, September 6, 2009

7 victoties in Ramadhan



7 peperangan yang berbeza yang berlaku dalam bulan Ramadhan

Monday, August 24, 2009

Majlis berbuka Alumni (PERAMAH)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Satu majlis berbuka puasa akan di anjurkan oleh PERAMAH pada 3 september 2009 ( hari Khamis ; malam Jumaat ) bertempat di dewan makan Asrama SMKA Maahad Hamidiah Kajang.( Sungai Ramal lerr )

Sebagai alumni PERAMAH, marilah kita beramai ramai merapatkan ukhuwwah antara pelajar dan tenaga pengajar SMKA Maahad dalam majlis Ifthar yang akan di adakan ini.

Sila berikan confirmation untuk hadhir .Samada via Yahoo Mail ataupun boleh hubungi/sms :-

1. Siti Ainiza Kamsari di talian 019-304-9484
2. Nonie Baharuddin di talian 019-276-6671
3. Siti Husna @ Cuna di talian 012-362-8600
4. Saya sendiri, Mohd Sofiuddin Mohd Yusoff di talian 019-986-4103

Alumni PERAMAH juga di galakkan untuk menginfaqkan "secukup rasa" makanan juadah berbuka untuk di share bersama sama nanti.

Semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara PERAMAH dan warga SMKA Maahad Hamidiah

Di awalkan dengan Jazakumullahu Khairan Kathira dan Terima kasih

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang menjalankan amanah,
MOHD.SOFIUDDIN MOHD YUSOFF
EXCO PERAMAH
SPM 88 ( DAH TUA DAH)__

Saturday, August 22, 2009

Kemuliaan Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi~

SELAMAT MENYAMBUT

RAMADHAN

AL-MUBARAK









Monday, August 10, 2009

1st Ever Reunion!


Tarikh: 1 - 2 Ogos 2009 (Sabtu & Ahad)
Tempat: KM Chalet Kuala Linggi, Melaka
Jumlah Yang Hadir: 27 orang (16 Putera 11 Puteri)


Putera
Sepul
Ajiz
Nuruddin
Hasrul
Muizz
Syazwan
Sopi
Aqwal
Ibrahim
Halim
Capek Musa
Afiq Kodiron
Jali
Zul
Rijal
Shai

Puteri
Aisyah
Pain Amir
Fama
Fana Karim
Hamizah
Fariha
Maryam
Raihan
Rahimah
Midy
Hazirah




















Syukran Jazilan kepada mereka yang terlibat kerana menjayakan reunion ini!! You all da best!! Nanti kita buat lagi kayh! dan diharap ramai lagi yang boleh datang, insyaAllah.. ;)

p/s: untuk gambar yang lebih banyak boleh tengok di facebook.. klik sini, sini & sini ;D

Saturday, July 4, 2009

Selamat Pengantin Baru (Halim&Hazirah)!!

Alhamdulillah.. Termetrai lah sudah sepasang burung yang selama ini berterbangan mencari tempat berteduh dalam mencari keredhaan Allah... Semoga berkekalan ke anak cucu+cicit..
(Nak tengok video halim melafazkan akad nikah? click di sini)











Inilah wakil agensi :Imah,Khadijah,Khairul Farhana.
Thanx to them..

Tuesday, June 23, 2009

Penyatuan 2 hati HAMIDIANZ menjadi 1


Pejam celik..Pejam celik! Umur kita sudah mencapai 20tahun..
Pejam celik.. Pejam celik! ada sahabat kita yang sudah mahu berumah tangga..

Dulu... Orang kata,cinta tyme sekolah cinta monyet?
Tapi jangan disangka Cinta Monyet itulah akhirnya ke jinjang perkahwinan..
Dulu, gossip je..
Tapi kini? reality...
Mahu bukti?
Mari kita beramai2 hadirkan diri ke Walimatul Urus sahabat kita..
Siapa?
Halim & Hazirah
Apa yang perlu?
ialah ikhlas,dan sentiasa mencari keredhaan Allah..

LOKASI
Jom! Kita kasi gegar Majlis Perkahwinan mereka!

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. Insya Allah..~

Tuesday, June 16, 2009

Ke Kuala Linggi(servey tempat)



Pada 15hb June 2009, kami sekumpulan wakil anggota penggerak reunion sesi pertama hamidian 0206 telah pergi ke Kuala Linggi Melaka untuk buat servey kos & harga penginapan serta pengangkutan & telah mengukur jarak perjalanan. Antara yang terlibat ialah Muiz,Saiful,Izat,Nurudin,Aziz. Mula bertolak dari Nilai dan tiba di sana dlm keadaan selamat Alhamdullah..

Setelah menemui Pak Cik Major Kamaludin (pengurus KM Chalet) , kami telah deal harga dengan nya.. Berikut adalah detail kos yang dikatakan RM120 seorang :

-Penginapan+sajian = RM 70(3hari 2malam)
-BBQ =RM 10
-Aktiviti =RM 20
-Baju = Rm 20
TOTAL = 100+20
=RM120

Sajian :
1.sarapan pagi
2.mkn tgh hari

3.minum petang
4.mkn malam
5.minum malam


Perjalanan sejauh 100km mengambil masa 1 jam 30 minit untuk tiba ke destinasi.

Nak dijadikan cerita, setibanya kami disana, pak cik tu tiada.. dia ke Kuala Lumpur ada hal.. So, kami memenuhi masa yang terluang dengan menjelajah 1 melaka. Antara tempat2 yang kami lawati ialah Tanjung Bidara,Masjid Tanah,.... Kami tiba di rumah masing2 pada jam 4.00am..



(untuk melihat lg pic len? click di sini)

Friday, May 22, 2009

Sejarah Sekolah Kite Woo~

Nukilan: Siti Nooraimi Jamaluddin (batch kite seyh~) di http://edu.iluvislam.com


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebelum saya teruskan dengan artikel yang sebenar, kita baca dulu sedikit maklumat yang di ‘google’ dari internet.

“Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah ini merupakan Sekolah Agama Negeri yang dikelolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor. Ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang.

Pengasas sekolah ini adalah seorang ulama dari Sumatera, Indonesia bernama Tuan Haji Abdul Hamid bin Daud. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dengan bantuan penduduk tempatan. Bangunan asal sekolah ini terletak di atas sebidang tanah wakaf di Batu 14, Jalan Cheras, Kajang bertentangan dengan Masjid Jamek Kajang.

Pada tahun 1977, hasil dari pengambil-alihan sekolah-sekolah agama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini turut terpilih menjadi SMKA. Ketika diambil-alih para pelajarnya berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4”


Sudah lebih kurang 4 tahun semenjak saya meninggalkan sekolah ini. Tidak stay sehingga form 5; istilah yang diberikan kepada saya adalah ‘murtad’ Maahad. Namun, jika ada yang meminta pendapat, sama ada mahu masuk ke sekolah ini atau tidak (selepas mendapat tawaran), semasa tingkatan 1 ataupun tingkatan 4, saya PASTI akan berkata , “terima tawaran itu, jika tidak, anda akan menyesal”


pintu gerbang sekolah kite

Maahad hamidiah ini terletak dalam daerah Hulu Langat dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Sehingga tahun 2004 (tahun terakhir saya di maahad), status sekolah ini adalah termasuk dalam kategori sekolah luar Bandar. Pelik juga sebenarnya. Sebabnya, kedudukan sekolah kami adalah terletak betul-betul sebelah lebuhraya SILK Kajang. Lagi pula, sebelah dengan Pusat Equestrian (ada banyak sangat kuda kat situ) dan juga betul-betul sebelah dengan Country Heights (kawasan kediaman orang-orang berada). Tak pastilah pula kalau status itu sudah bertukar sekarang.

Dari bidang akademiknya, tidak keterlaluan untuk saya nyatakan di sini- kami memang mantap. Seringkali sahaja selepas keputusan SPM diumumkan, ada pelajar Maahad yang dinobatkan sebagai antara pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan. Berpeluang untuk berkenalan dengan pelajar-pelajar dari SMKA yang lain selepas saya ‘murtad’ Maahad dan masuk ke SBP; apabila disoal ,dan dengan rendah dirinya saya menjawab purata bilangan pelajar yang memperoleh 9A dalam PMR saban tahun, kebanyakan rakan saya akan membuat reaksi- “Ramainye…”

guru-guru yang tercinta

Guru-guru memang faktor yang penting. Sangat penting! Sewaktu masih di menengah rendah, sering sahaja saya mendengar kakak-kakak form 5 yang bercerita tentang program yang guru-guru telah aturkan untuk mereka. Seingat saya, ada satu prgrm yg diberi nama MT09F. MT itu adalah untuk Matematik Tambahan, 0 utk ‘zero’, dan 9F itu adalah gred paling worst anda boleh dapat dalam mana-mana subjek SPM. Seingat saya juga, pembimbing utk program itu adalah guru kami, Puan Zarinah Zakaria yang juga merupakan guru cemerlang Add Maths. Antara guru upper form yang selalu saya dengar namanya juga adalah Puan Zaini, guru cemerlang Kimia. Pernah waktu form 4 sebelum berpindah ke sekolah lain, saya sempat hadir satu kelas cikgu Zaini dan wahhh...memang sangat kagum! Selalu juga dengar cerita kelas Bahasa Arab Tinggi (BAT) yang diadakn seawal jam 4 pagi, then berhenti untuk solat subuh sebentar, then sambung class balik. Dan ya, saya pernah menjadi saksi kakak-kakak dorm yang bersiap-siap pada jam itu untuk ke kelas BAT tersebut!

Dari bidang ko-kurikulumya pula, hmmm...sekali lagi, pada perkiraan saya,kami boleh dikatakan mantap! Chess,tenis, melukis poster, olimpiad matematik, aktiviti-aktiviti seni mempertahankan diri, kuiz kimia, dll - selalu sahaja kami mendapat tempat di peringkat kebangsaan. Tapi yang paling famousnya, penglibatan sekolah dalam nasyid lah kot. Sedikit history tentang team nasyid maahad hamidiah, kajang:


mirwana G14


Setiap batch akan mempunyai satu group nasyid sendiri. Nama asasnya adalah MIRWANA, dan penamaannya adalah berdasarkan ‘Generasi(G)’; Mirwana G1, G2, dan seterusnya. Waktu saya form 1, brothers form 5 yang buat persembahan adalah MIRWANA G10. Oh ye, MIRWANA G1 adalah nama lain bagi group nasyid BROTHERS. Yassin (ex-Brothers itu adalah ex-Hamidian dan merupakan pengasas group Mirwana di Maahad). Satu lagi fact ialah, group Mirwana yang tampil dengan album Hikmah Kembara itu adalah merupakan MIRWANA G5. Ahli-ahli kumpulan Mirwana biasanya memang dapat training khas dari abang-abang ex-Mirwana sendiri. Maka, berbekalkan bakat yang ada dan juga training dari brothers yg ada, selalu je laa team nasyid ni menang pertandingan (batch kite Mirwana G14!! lala~)

SMKA Maahad Hamidiah, pelajar-pelajarnya ada yang tinggal di asrama, dan ada juga yang berulang-alik setiap hari. Blok asrama, untuk pelajar perempuan (puteri) ada 4 blok, manakala untuk putera pula, ada 2 blok. Mengikut pengalaman peribadi, duduk di asrama memang sangat sangat best! Adik-adik yg terima tawaran masuk ke asrama, saya syorkan, masuklah. Cuba belajar berdikari, ambil nilai-nilai baik yang ada pada rakan-rakan seasrama dan jauhkan diri dari pengaruh-pengaruh yang buruk.

Pada tahun terakhir saya berada di maahad, kami pulang ke rumah 2 kali sebulan. Kata guru disiplin ketika itu, supaya kami semua tidak ada yang buat-buat alasan untuk keluar ke pekan Kajang. Settlekan segala barang keperluan sewaktu pulang hujung minggu. Tambah pula, kebanyakan pelajar Maahad adalah juga bergelar penduduk negeri Selangor!

Hmmm, bila sudah keluar dari kepompong sekolah, baru saya tahu adanya kewujudan Maahad Muhammadi (lil banin dan banat) di Kelantan, dan memang dipanggil dengan nama Maahad juga. Sangka saya, cuma SMKA Maahad Hamidiah yang dipanggil Maahad, hekhek..

.....Bird eye view of our school....

Thursday, May 21, 2009

First Ever Meeting!

Tarikh: 16/05/2009
Hari: Sabtu
Masa: 1.00 p.m. - 4.30 p.m (lame seyh..)
Lokasi: Rumah Kediaman Abdul Muizz b. Abd. Ghani (budak2 komplen jauh sangat, huu~)


ahli-ahli committee yang terlibat

So, apa yang berlaku mase tu?? Itu adalah hari keramat untuk bermulanya satu revolusi yang baru iaitu first meeting hamidianz batch 02/06!! Meeting tersebut bertujuan untuk membincangkan hari dan juga tarikh yang sesuai untuk membuat first ever big reunion untuk kitorang satu batch. So, mereka yang terlibat dalam meeting tersebut adalah:-

Putera:
Sepul Amir
Ajiz
Asrul
Nudin
Shairazi
Moez
Izat Saaid

Puteri:
Adilah Ghafur
Hanani Husna
Nik Nur Izati
Farahin Amir
Aisyah
Ibtisam

Setelah mengadakan perbincangan selama 3 jam lebih maka satu keputusan telah dilaksanakan. Reunion akan dilakukan pada akhir bulan 7 insyaAllah, so kepada semua yang bergelar pelajar hamidiah 2002/06 maka anda adalah semua tetamu istimewa dalam reunion tu, jom-jom kita meriahkan sama-sama!! Berikutan adalah draf perancangan awal untuk program reunion tersebut:

Tempat: Chalet KM Kuala Linggi (Melaka)

Tarikh cadangan: 24/7 - 27/7 @ 31/7 – 2/8

Transport: Bas disediakan

Bayaran: 100++/ person (baju/bas/souvinier/tempat tinggal)


Objektif

  • Merapatkan hubungan ukhwah silaturrahim
  • Mengenal budak baru dengan lama


Draf Aktiviti

  • Sukaneka
  • Main Rakit
  • War Game
  • Menari (nudin)
  • Bola Tampar
  • Tarik Tali
  • Lari dalam Guni
  • Buat hadiah dari bahan laut
  • dan macam-macam lagi
So cube-cubekanlah freekan diri pada akhir bulan 7 ni kayh, bak kate nuruddin, "kita mesti berkorban untuk melakukan sesuatu perkara", hakhak!! Sebarang maklumat tentang perjalanan reunion tersebut akan dimaklumkan di blog ini, diharapkan korang semua leyh bagi sokongan padu terhadap program ini, bukan senang nak jumpe member-member lame balek ryte ;)

Utuhnya Ukhwah Kerana Iman

Assalamualaikum sahabat!!


Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, maka secara rasminya blog hamidianz untuk batch pelajar 2002 - 2006 telah dilancarkan!! (tepuk sket, ngehehe~) So kepada sesiapa yang perasan dyeorang tu budak-budak yang pernah belajar dari tahun 2002 hingga 2006, tak kirelah yang baru masuk or dah keluar maahad, budak-budak junior, abang kakak senior ataupun sesiapan pown dijemput untuk memeriahkan blog ini ;)

Secara umumnya terciptanya blog ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah sesama budak-budak kite yang lama terpisah, ceyh.. Iyela kan ramei pegi oversea, pastu ade yang study sampei sarawak kan, so melalui saluran blog ini kita dapat berkongsi maklumat lantas mengetahui perkembangan setiap member-member kita. Kowt2 ade yang nak kawen kan, (tak silap aku ade member kite bulan 7 neyh nak kawen kan, taknak advertise kat blog ni ke? haha!!)

So, buat blog neyh macam rumah korang sendiri kayh! Segala perkara about our batch akan di update kan dalam blog ini, insyaAllah dengan usaha yang dilakukan ini dapat mengutuhkan lagi ukhwah sesama kita, renung-renungkan dan selamat beramah! ;)