Sebelum saya teruskan dengan artikel yang sebenar, kita baca dulu sedikit maklumat yang di ‘google’ dari internet.
“Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah ini merupakan Sekolah Agama Negeri yang dikelolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor. Ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang.
Pengasas sekolah ini adalah seorang ulama dari Sumatera, Indonesia bernama Tuan Haji Abdul Hamid bin Daud. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dengan bantuan penduduk tempatan. Bangunan asal sekolah ini terletak di atas sebidang tanah wakaf di Batu 14, Jalan Cheras, Kajang bertentangan dengan Masjid Jamek Kajang.
Pada tahun 1977, hasil dari pengambil-alihan sekolah-sekolah agama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini turut terpilih menjadi SMKA. Ketika diambil-alih para pelajarnya berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4”
Sudah lebih kurang 4 tahun semenjak saya meninggalkan sekolah ini. Tidak stay sehingga form 5; istilah yang diberikan kepada saya adalah ‘murtad’ Maahad. Namun, jika ada yang meminta pendapat, sama ada mahu masuk ke sekolah ini atau tidak (selepas mendapat tawaran), semasa tingkatan 1 ataupun tingkatan 4, saya PASTI akan berkata , “terima tawaran itu, jika tidak, anda akan menyesal”
pintu gerbang sekolah kite
Maahad hamidiah ini terletak dalam daerah Hulu Langat dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Sehingga tahun 2004 (tahun terakhir saya di maahad), status sekolah ini adalah termasuk dalam kategori sekolah luar Bandar. Pelik juga sebenarnya. Sebabnya, kedudukan sekolah kami adalah terletak betul-betul sebelah lebuhraya SILK Kajang. Lagi pula, sebelah dengan Pusat Equestrian (ada banyak sangat kuda kat situ) dan juga betul-betul sebelah dengan Country Heights (kawasan kediaman orang-orang berada). Tak pastilah pula kalau status itu sudah bertukar sekarang.
Dari bidang akademiknya, tidak keterlaluan untuk saya nyatakan di sini- kami memang mantap. Seringkali sahaja selepas keputusan SPM diumumkan, ada pelajar Maahad yang dinobatkan sebagai antara pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan. Berpeluang untuk berkenalan dengan pelajar-pelajar dari SMKA yang lain selepas saya ‘murtad’ Maahad dan masuk ke SBP; apabila disoal ,dan dengan rendah dirinya saya menjawab purata bilangan pelajar yang memperoleh 9A dalam PMR saban tahun, kebanyakan rakan saya akan membuat reaksi- “Ramainye…”
Guru-guru memang faktor yang penting. Sangat penting! Sewaktu masih di menengah rendah, sering sahaja saya mendengar kakak-kakak form 5 yang bercerita tentang program yang guru-guru telah aturkan untuk mereka. Seingat saya, ada satu prgrm yg diberi nama MT09F. MT itu adalah untuk Matematik Tambahan, 0 utk ‘zero’, dan 9F itu adalah gred paling worst anda boleh dapat dalam mana-mana subjek SPM. Seingat saya juga, pembimbing utk program itu adalah guru kami, Puan Zarinah Zakaria yang juga merupakan guru cemerlang Add Maths. Antara guru upper form yang selalu saya dengar namanya juga adalah Puan Zaini, guru cemerlang Kimia. Pernah waktu form 4 sebelum berpindah ke sekolah lain, saya sempat hadir satu kelas cikgu Zaini dan wahhh...memang sangat kagum! Selalu juga dengar cerita kelas Bahasa Arab Tinggi (BAT) yang diadakn seawal jam 4 pagi, then berhenti untuk solat subuh sebentar, then sambung class balik. Dan ya, saya pernah menjadi saksi kakak-kakak dorm yang bersiap-siap pada jam itu untuk ke kelas BAT tersebut!
Dari bidang ko-kurikulumya pula, hmmm...sekali lagi, pada perkiraan saya,kami boleh dikatakan mantap! Chess,tenis, melukis poster, olimpiad matematik, aktiviti-aktiviti seni mempertahankan diri, kuiz kimia, dll - selalu sahaja kami mendapat tempat di peringkat kebangsaan. Tapi yang paling famousnya, penglibatan sekolah dalam nasyid lah kot. Sedikit history tentang team nasyid maahad hamidiah, kajang:
mirwana G14
Setiap batch akan mempunyai satu group nasyid sendiri. Nama asasnya adalah MIRWANA, dan penamaannya adalah berdasarkan ‘Generasi(G)’; Mirwana G1, G2, dan seterusnya. Waktu saya form 1, brothers form 5 yang buat persembahan adalah MIRWANA G10. Oh ye, MIRWANA G1 adalah nama lain bagi group nasyid BROTHERS. Yassin (ex-Brothers itu adalah ex-Hamidian dan merupakan pengasas group Mirwana di Maahad). Satu lagi fact ialah, group Mirwana yang tampil dengan album Hikmah Kembara itu adalah merupakan MIRWANA G5. Ahli-ahli kumpulan Mirwana biasanya memang dapat training khas dari abang-abang ex-Mirwana sendiri. Maka, berbekalkan bakat yang ada dan juga training dari brothers yg ada, selalu je laa team nasyid ni menang pertandingan (batch kite Mirwana G14!! lala~)
SMKA Maahad Hamidiah, pelajar-pelajarnya ada yang tinggal di asrama, dan ada juga yang berulang-alik setiap hari. Blok asrama, untuk pelajar perempuan (puteri) ada 4 blok, manakala untuk putera pula, ada 2 blok. Mengikut pengalaman peribadi, duduk di asrama memang sangat sangat best! Adik-adik yg terima tawaran masuk ke asrama, saya syorkan, masuklah. Cuba belajar berdikari, ambil nilai-nilai baik yang ada pada rakan-rakan seasrama dan jauhkan diri dari pengaruh-pengaruh yang buruk.
Pada tahun terakhir saya berada di maahad, kami pulang ke rumah 2 kali sebulan. Kata guru disiplin ketika itu, supaya kami semua tidak ada yang buat-buat alasan untuk keluar ke pekan Kajang. Settlekan segala barang keperluan sewaktu pulang hujung minggu. Tambah pula, kebanyakan pelajar Maahad adalah juga bergelar penduduk negeri Selangor!
Hmmm, bila sudah keluar dari kepompong sekolah, baru saya tahu adanya kewujudan Maahad Muhammadi (lil banin dan banat) di Kelantan, dan memang dipanggil dengan nama Maahad juga. Sangka saya, cuma SMKA Maahad Hamidiah yang dipanggil Maahad, hekhek..
.....Bird eye view of our school....
.....Bird eye view of our school....
4 comments:
bagusnye aimi ni..cite sejarah skolah..gud2.
huhu... dari sejarah lahirnya ukhuwah.. ceyh...
aku rase aku carik info sejarah skolah dulu ntok folio time skola dulu..tapi aku da x ingat folio aper...folio sejarah kowt time f2..
lepas nieyh x yah bebudak sesusah nak cari info psl skola
tau takpe, ngehehehe~
Post a Comment