Ukhuwah Never Ends: 2009

Recent Updates

Tuesday, November 3, 2009

Kopitiam Haram?

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN,
HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,

- NEWTOWN Kopitiam

-WHITE HOUSE Kopitiam

-PAK HAINAN Kopitiam

-JOM BALI Kopitiam

adalah 'TIDAK HALAL'
For HALAL issues, kindly ask or surf www.hdcglobal.com.my

Thursday, September 17, 2009

Ramadhan & Aidilfitri

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu."
Surah al-Maaidah: 3.
Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur."
Surah al-Baqarah:185.
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini."
RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32
Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan `Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin'. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
"Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain `taqabbalullah minna waminka' (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)."
Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

• Meneruskan qiamullail.
Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri."
Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi'i, jil. 1, ms. 118-119.

• Makan sebelum solat Aidilfitri.
Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:
"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini."
Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.
Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan) . Anas bin Malik r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma." Murajja' bin Raja' berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil."
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.
Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

• Memakai pakaian yang indah.
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan) . Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian. "
Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi'I, jil. 1, ms. 327.
Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:
"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.
Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina."
Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat."
Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin `Abdullah r.a berkata:
"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya."
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahan nya."
Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

• Tempat perlaksanaan solat hari raya.
Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)."
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:
"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka."
Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

• Mengerjakan Solat Aidilfitri
Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya."
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata:
"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)."
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa'ib r.a berkata:
"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar."
Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar- siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati."
Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.
Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri."
Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun."
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid'ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP
Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)

Thursday, September 10, 2009

Golongan Manakah Anda??

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu Dan bersyukur. Kalau Ada, adalah. Kalau tidak Ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak Ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu Dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama Ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar Dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik!!
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas Dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang Dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang Dan gelora krisis tidak pernah rehat Dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati Kita, menjadikan Kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:


Sepatah Dua Kata:

"Di sekitar Arsy Ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya Ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya Dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi Dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah Dan saling kunjung karena Allah."

Tuesday, September 8, 2009

Satu Penghinaan Bagi Islam






Kenapa kaum
kafir selalu mengacau hak dan keperibadiaan
Islam, sedangkan Umat Islam tidak pernah pun
mengacau agama orang lain.

Sunday, September 6, 2009

7 victoties in Ramadhan



7 peperangan yang berbeza yang berlaku dalam bulan Ramadhan

Thursday, September 3, 2009

Keajaiban Azan

Wednesday, August 26, 2009

Apakah H1N1??

Viral novel influenza type A H1N1, ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung h5N1) yang telah mengjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa Yang Anda Perlu Tahu.......

Asal virus ini.

Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat - lewatnya hari ke - 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika t idak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru - paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa Yang Berisiko>??

1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan mengandung
3. Orang yang ada astmatic
4. Orang - orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak -
kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan - golongan yang rendah tahap imuniti
contohnya HIV)

* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan - golongan di atas.


Simptom - Simpton


Day 1 Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3 Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera
Day 5 and > Lung collapse @ koma


Langkah - Langkah Kawalan

1. Golongan - golongan yang berisiko, elakakan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika
terpaksa, pakai 'mask' (sekurang - kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda - tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa - apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan
kepada vaksin @ ubat - ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap
persekitaran badan yg telah mengambil ubat - ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal - awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam
selewat - lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test
kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan
seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama - sama menghadapi outbrake ini. Sama -
samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.


Ini Adalah Sumber Dari Taklimat H1N1 Oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit Dari Kementerian Kesihatan Malaysia Di Pan Pacific KLIA Pada 01.08.2009.

Igt Kawan2...
Mencegah lebih baik dari berubat.

Tuesday, August 25, 2009

Monday, August 24, 2009

Majlis berbuka Alumni (PERAMAH)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Satu majlis berbuka puasa akan di anjurkan oleh PERAMAH pada 3 september 2009 ( hari Khamis ; malam Jumaat ) bertempat di dewan makan Asrama SMKA Maahad Hamidiah Kajang.( Sungai Ramal lerr )

Sebagai alumni PERAMAH, marilah kita beramai ramai merapatkan ukhuwwah antara pelajar dan tenaga pengajar SMKA Maahad dalam majlis Ifthar yang akan di adakan ini.

Sila berikan confirmation untuk hadhir .Samada via Yahoo Mail ataupun boleh hubungi/sms :-

1. Siti Ainiza Kamsari di talian 019-304-9484
2. Nonie Baharuddin di talian 019-276-6671
3. Siti Husna @ Cuna di talian 012-362-8600
4. Saya sendiri, Mohd Sofiuddin Mohd Yusoff di talian 019-986-4103

Alumni PERAMAH juga di galakkan untuk menginfaqkan "secukup rasa" makanan juadah berbuka untuk di share bersama sama nanti.

Semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara PERAMAH dan warga SMKA Maahad Hamidiah

Di awalkan dengan Jazakumullahu Khairan Kathira dan Terima kasih

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang menjalankan amanah,
MOHD.SOFIUDDIN MOHD YUSOFF
EXCO PERAMAH
SPM 88 ( DAH TUA DAH)__

Saturday, August 22, 2009

Jangan Pisahkan Kami..


Aku memandangnya. Sayu. Hambar. Lesu. Tanpa rasa. Dia masih seperti itu. Lama aku tinggalkannya. Sejak sebulan lalu. Kami tidak bertegur sapa. Tiada ucap cinta, tiada sentuhan, tiada belaian, tiada... segalanya seperti seolah-olah tidak pernah berlaku.

Aku jadi gelisah, sejak dua hari lalu, urusanku seringkali tertangguh, bermasalah dan tiada penyelesaian. Aku seperti kehilangan sesuatu. Wang? Cukup, malah lebih daripada mencukupi.Lapar? kenyang hingga melampau-lampau, sebut apa sahaja semuanya lalu. Sakit? Aku masih bisa berjalan, berlari, bergerak cergas seperti orang lain. Teman? Banyak teman-teman disisiku yang mengasihiku, ibu bapa yang memberi dorongan padaku.

Lantas apa? Aku ini kehilangan apa dalam hidupku? Aku jadi penasaran terus!!!

Suatu hari aku terpandangnya. Hasrat hati ingin menegur tetapi aku tiba-tiba jadi kaku. Malu, malu kerana aku telah meninggalkannya, malu kerana aku mengabaikannya, malu kerana aku tidak menyentuhnya, membelainya bahkan sudah lama dia tidak kusapa.

Lalu aku beranikan diri. Aku menyentuhnya. Tiba-tiba, hati jadi sayu. Jiwa jadi terharu. Fikiranku keliru. Saat jariku menyentuhnya, segalanya berubah. Lantas ia kucium. Kutatap wajahnya. Dia seakan tersenyum padaku. Aku hiba. Luluh jiwaku. Rasa pedih dan kehilangan mulai hilang sedikit demi sedikit. Kami saling berhadapan.

Aku mulakan bicaraku, sepatah demi sepatah. Dia seolah mendengar. Tuhan pun mendengar sama. Seluruh jasadku jadi menggeletar tiba-tiba katanya, "Setiap yang hidup pasti akan mati." Saat itu aku rasa seolah dia memberitahuku siapa aku sebenarnya.

Tambahnya, kata Tuhan, "Tidak aku ciptakan manusia kecuali untuk menyembahKu." Aku teringat sesuatu.

Aku pernah mendengar itu suatu masa dahulu. Ya, dia pernah mengatakan itu juga. Aku tatap ia lagi. Masih tidak puas. Ah rupanya ada sesuatu antara kami. Ada rindu yang tak berkesudahan. Ada cinta yang tak terungkap. Ada bicara seribu makna.

Lagi.. ada kasih yang masih tak terucap. Terus aku koreksi hati. Ini yang aku cari. Sebuah cinta tinggalan kekasih hati. Sebuah kitab yang tersimpan lama milik Tuhan untuk insan. Beribu bicara tuhan masih tersimpan. Selagi belum kiamat, ia akan terus dibela, dipelihara.

Ah.. hati mahu kamu rupanya Furqan, Kitaab, A-Zikr, atau nama panggilan biasa mu Al-Quran. Tuhan, jangan pisahkan kami!!! Jangan biarkan aku merana begini! Wahai hati, baliklah padanya. Walau sesibuk mana. Ia masih di situ. Menantimu. Sampai tiba waktumu..

Kemuliaan Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi~

SELAMAT MENYAMBUT

RAMADHAN

AL-MUBARAK









Monday, August 10, 2009

1st Ever Reunion!


Tarikh: 1 - 2 Ogos 2009 (Sabtu & Ahad)
Tempat: KM Chalet Kuala Linggi, Melaka
Jumlah Yang Hadir: 27 orang (16 Putera 11 Puteri)


Putera
Sepul
Ajiz
Nuruddin
Hasrul
Muizz
Syazwan
Sopi
Aqwal
Ibrahim
Halim
Capek Musa
Afiq Kodiron
Jali
Zul
Rijal
Shai

Puteri
Aisyah
Pain Amir
Fama
Fana Karim
Hamizah
Fariha
Maryam
Raihan
Rahimah
Midy
Hazirah




















Syukran Jazilan kepada mereka yang terlibat kerana menjayakan reunion ini!! You all da best!! Nanti kita buat lagi kayh! dan diharap ramai lagi yang boleh datang, insyaAllah.. ;)

p/s: untuk gambar yang lebih banyak boleh tengok di facebook.. klik sini, sini & sini ;D

Saturday, July 25, 2009

Tentatif Program - Reunion

TENTATIF PROGRAM

Sabtu


8.00 am
• Edar tentative & taklimat ringkas
• Bertolak dari Maahad Hamidiah.


10.00 am
• Tiba di KM Chalet
• Check in

11.00 am
• Semua di pantai
• Pembahagian group
• Game 1 : Baldi (Nudin)
• Game 2 : Batu (Jali)
• Game 3 : Water Confident

2.00 pm
• Makan Tengah hari
• Solat Zohor

3.00 pm
• Game 4 : Rakit

4.30 pm
• Solat Asar
• Bacaan Al-mathurat

5.00 pm
• Game 5 : Bowling Kelapa (Pain)
• Game 6 : Bola Tampar
• Santai

6.00 pm
• Minum Petang
• Santai
• Urus Diri

7.30 pm
• Solat Maghrib
• Tazkirah ringkas (Kulimin)
• Solat Isyak
• Game 7 : Spontan (Nudin)
• Game 8 : Saham (Jali)
• BBQ
• Santai

11.30 pm
• Tidur


Ahad

6.00 am
• Solat Subuh
• Bacaan al-Mathurat
• Tukar Pakaian
• Aerobik Di tepi Pantai
• Game 9 : Lilin (Sepul)

9.00 am
• Sarapan pagi
• Urus diri
• Kemas pakaian

11.00 am
• Forum santai (moderator-lokman)
• Majlis penutup
• Makan Tengah hari
• Check Out
• Bersurai

Perubahan Terhadap Reunion

Untuk makluman semua,terdapat perubahan pada REUNION kita. Pembayaran dikurangkan daripada RM120 kepada RM80 seorang. Bagi memudahkan semua pihak termasuk peserta, REUNION kita diubah kepada 2hari 1malam & kita akan bertolak pada hari sabtu jam 8.00pagi. Berikut adalah maklumat berkaitan REUNION : -

Tempat : KM Chalet,Kuala Linggi, Melaka.
Tarikh : 1hb - 2hb Ogos.
Tempoh : 2 Hari 1 Malam.
Bayaran : RM80 sahaja. (bayaran kepada Nik Nur Ezzati)
Tempat berkumpul : Dataran SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.
Masa bertolak : Jam 8.00pagi. (di harap semua dapat berkumpul pada masa ditetapkan)
Pengangkutan : Kereta.

Sila confirmkan nama anda pada Nuraisyah Azam sebelum 26July bagi memudahkan kerja dengan pihak pengurusan.

Tuesday, July 21, 2009

Kepada sahabat2 ku sekalian..!

Sahabat2 ku... sesiapa yang tiada duit,nak bayar deposit dulu pn tidak mengapa.. RM50 ke atas..nanti hari jumaat tu,31hb July boleh bayar penuh... Tentatif Program akan di upload sebentar lagi... Lagi 1 benda penting,pliz inform kali saiz baju korang kerana ingin membuat tempahan baju.. If x bagi saiz,hmm.. naseb la dpt saiz gajah nnti..huhu.. Begitu juga dengan Transport. Sila inform kat ajiz,korang bawak kereta or tak.. sebab senang nak manage nnti.. ok guys?
Thank You..

Reunion kali ni pasti akan menjadi kenangan sepanjang hayat kita..~

Pengarah program

Wednesday, July 15, 2009

Kenduri Kahwen di sebelah Halim

Wah2.. Kawen 3 serentak beb.. Jimat lah katakan... Tp,Halim & Hazirah tetap bergaya.. heheh!
Semoga kekal bahagia selamanya~ Insyallah..




Saturday, July 4, 2009

Selamat Pengantin Baru (Halim&Hazirah)!!

Alhamdulillah.. Termetrai lah sudah sepasang burung yang selama ini berterbangan mencari tempat berteduh dalam mencari keredhaan Allah... Semoga berkekalan ke anak cucu+cicit..
(Nak tengok video halim melafazkan akad nikah? click di sini)











Inilah wakil agensi :Imah,Khadijah,Khairul Farhana.
Thanx to them..

Tuesday, June 23, 2009

Penyatuan 2 hati HAMIDIANZ menjadi 1


Pejam celik..Pejam celik! Umur kita sudah mencapai 20tahun..
Pejam celik.. Pejam celik! ada sahabat kita yang sudah mahu berumah tangga..

Dulu... Orang kata,cinta tyme sekolah cinta monyet?
Tapi jangan disangka Cinta Monyet itulah akhirnya ke jinjang perkahwinan..
Dulu, gossip je..
Tapi kini? reality...
Mahu bukti?
Mari kita beramai2 hadirkan diri ke Walimatul Urus sahabat kita..
Siapa?
Halim & Hazirah
Apa yang perlu?
ialah ikhlas,dan sentiasa mencari keredhaan Allah..

LOKASI
Jom! Kita kasi gegar Majlis Perkahwinan mereka!

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. Insya Allah..~

Monday, June 22, 2009

Reunion Pantai Merdeka!

Pada 29hb Mei,kami sekeluarga telah pergi ke rahmatullah.. Eh! silap.. Mencari rahmat Allah.. Sempena nk menyambut Tayut(bkn nama sebenar)nama sebenar ialah AFIQ SAYUTI pulang ke Malaysia sementara menunggu hari peperiksaan final nya bakal menjelma.. Nanti dy nak balik Msia lg.. sebokk aje.. ahha! x la.. Tp,jgn sedih yer afiq..x dpt join Reunion kitorang.. Jgn riso.. ada baju extra 1 untuk ko.

Ni lah rendang yang afiq masak.. sedap wooO!


Masing2 lapar..


Setibanya kami di sana,kami dijamukan dengan sajian Ayam Rendang yang dimasak oleh afiq sendiri! sedap giler wooO.. huhu.. pas mandi2,malam plak wat BBQ.. Ayam x ckup bajet.. haha.pastu kitorang pegi makan kat kedai juga akhirnya.. Ada juga antara kitorang yang memancing. Ikan x dapat,tp dapat ikan kering..(bangkai ikan). Hampeh.. Ingat boleh gak bakar ikan..

Dari kiri..(jawab sendiri..)


Ha..! Ni lah dy kaki2 pancing kita..
Orang mancing kat laut,Halim mancing atas pokok!


Best tyme ni.. Main teka-teki..
Seumur idup x penah dengar teka-teki pelik2 dari 'mereka' ini..

Esoknya kami sekeluarga.. cm bese la dh ada kat laut.. 'bermain bola baling dlm air'.. penatnya,Subhanallah..! huhu.. before solat Jumaat kitorang bertolak pulang ke Msia..
Serriusly best.. menjadi memory sepanjang hayat~ Gudluck sume~