Ukhuwah Never Ends

Recent Updates

Tuesday, June 16, 2009

Ke Kuala Linggi(servey tempat)



Pada 15hb June 2009, kami sekumpulan wakil anggota penggerak reunion sesi pertama hamidian 0206 telah pergi ke Kuala Linggi Melaka untuk buat servey kos & harga penginapan serta pengangkutan & telah mengukur jarak perjalanan. Antara yang terlibat ialah Muiz,Saiful,Izat,Nurudin,Aziz. Mula bertolak dari Nilai dan tiba di sana dlm keadaan selamat Alhamdullah..

Setelah menemui Pak Cik Major Kamaludin (pengurus KM Chalet) , kami telah deal harga dengan nya.. Berikut adalah detail kos yang dikatakan RM120 seorang :

-Penginapan+sajian = RM 70(3hari 2malam)
-BBQ =RM 10
-Aktiviti =RM 20
-Baju = Rm 20
TOTAL = 100+20
=RM120

Sajian :
1.sarapan pagi
2.mkn tgh hari

3.minum petang
4.mkn malam
5.minum malam


Perjalanan sejauh 100km mengambil masa 1 jam 30 minit untuk tiba ke destinasi.

Nak dijadikan cerita, setibanya kami disana, pak cik tu tiada.. dia ke Kuala Lumpur ada hal.. So, kami memenuhi masa yang terluang dengan menjelajah 1 melaka. Antara tempat2 yang kami lawati ialah Tanjung Bidara,Masjid Tanah,.... Kami tiba di rumah masing2 pada jam 4.00am..



(untuk melihat lg pic len? click di sini)

2nd Meeting

Pada 6hb Jun yang lepas, kami telah mengada kan meeting ke-2 bertempat di Padang Jawa KLCC. Plan asal nk wat kat masjid berhampiran KLCC tapi masjid tengah renorvate plak.


Disebabkan dalam KLCC terlalu ramai orang & tidak seswai untuk mengadakan mesyuarat,kami mengambil keputusan tuk bermesyuarat di padang yang berdekatan. Antara yang hadir ialah yang ada dalam gambar.

Hasil mesyuarat, kami telah memutuskan bahawa tarikh yang paling seswai untuk sahabat2 kita join reunion ialah pada 31 July 2009. Memandangkan ramai yang mempunyai masalah dengan tarikh2 selain drpd tarikh ini,kami rasa tarikh ini paling sesuai dan ramai yang memberi feedback positif untuk tarikh tersebut.

Tema yang dicadangkan oleh Dr. Falsafah Ahmad Nuruddin ialah TAUTAN UKHUWAH DISEBALIK TRANSFORMASI MINDA MALAH ANJAKAN PARADIGMA.
Tema yang telah di persetujui ini mempunyai maksud tersirat yang akan di bongkarkan pada hari program dijalankan.

Selain itu, kami telah sama setuju dengan baju-design yang telah dicadangkan:-


jika terdapat sebarang cadangan berkaitan design,sila hubungi SHAIRAZI


Ini adalah sample baju lelaki. Bagi pihak wanita,design nya sama tetapi akan diubah sedkit demi kesesuaian & keselesaan wanita.

Berkaitan pengangkutan,Abdul Aziz akan menguruskan pembahagian kereta. Kami mengambil keputusan supaya tidak menempah bas. Van mungkin ya. Kerana, ramai antara hamidian yang ingin membawa kenderaan sendiri. So, kita akan penuhkan setiap kereta bagi menjimatkan kos. Tambahan pula,untuk membuat bayaran sewa bas sangat mahal & tidak berbaloi.
Bersambung untuk meeting yang ke-3..