Pada
6hb Jun yang lepas, kami telah mengada kan meeting ke-2 bertempat di Padang Jawa KLCC. Plan asal nk wat kat masjid berhampiran
KLCC tapi masjid tengah renorvate plak.




Disebabkan dalam KLCC terlalu ramai orang & tidak seswai untuk mengadakan mesyuarat,kami mengambil keputusan tuk bermesyuarat di padang yang berdekatan. Antara yang hadir ialah yang ada dalam gambar.
Hasil mesyuarat, kami telah memutuskan bahawa tarikh yang paling seswai untuk sahabat2 kita join reunion ialah pada
31 July 2009. Memandangkan ramai yang mempunyai masalah dengan tarikh2 selain drpd tarikh ini,kami rasa tarikh ini paling sesuai dan ramai yang memberi feedback positif untuk tarikh tersebut.
Tema yang dicadangkan oleh Dr. Falsafah Ahmad Nuruddin ialah
TAUTAN UKHUWAH DISEBALIK TRANSFORMASI MINDA MALAH ANJAKAN PARADIGMA.Tema yang telah di persetujui ini mempunyai maksud tersirat yang akan di bongkarkan pada hari program dijalankan.
Selain itu, kami telah sama setuju dengan baju-design yang telah dicadangkan:-
jika terdapat sebarang cadangan berkaitan design,sila hubungi SHAIRAZI
Ini adalah sample baju lelaki. Bagi pihak wanita,design nya sama tetapi akan diubah sedkit demi kesesuaian & keselesaan wanita.
Berkaitan pengangkutan,Abdul Aziz akan menguruskan pembahagian kereta. Kami mengambil keputusan supaya tidak menempah bas. Van mungkin ya. Kerana, ramai antara hamidian yang ingin membawa kenderaan sendiri. So, kita akan penuhkan setiap kereta bagi menjimatkan kos. Tambahan pula,untuk membuat bayaran sewa bas sangat mahal & tidak berbaloi.
Bersambung untuk meeting yang ke-3..